Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Lesson Study: Faedah & Salah Tanggapan (Benefits & Misconceptions)

Similar presentations


Presentation on theme: "Lesson Study: Faedah & Salah Tanggapan (Benefits & Misconceptions)"— Presentation transcript:

1 Lesson Study: Faedah & Salah Tanggapan (Benefits & Misconceptions)

2 Apakah Lesson Study? Satu model perkembangan profesional guru yang popular di Jepun Dalam bahasa Jepun: jugyoukenkyu(授业研究) Jugyou = pengajaran; kenkyu Kenkyu = kajian/penyelidikan Lesson study (Makato Yoshida, 1999) Research lesson (Catherine C. Lewis, 1997)

3 Faedah Lesson Study Mengurangkan ‘teacher isolation’
Guru belajar melalui pemerhatian dan refleksi terhadap pengajaran guru Meningkatkan kefahaman guru terhadap isi kandungan dan skop kurikulum Membolehkan guru memberi fokus kepada usaha membantu pembelajaran murid Meningkatkan kerjasama dan kolaboratif dalam kalangan guru

4 Aktiviti Kumpulan: (15 minit)
Diberikan 6 pernyataan Bincang dalam kumpulan anda Tentukan pernyataan yang merupakan salah tanggapan mengenai Lesson Study Justifikasikan jawapan anda

5 Pernyataan mengenai Lesson Study
1. LS ialah merancang pengajaran 2. LS bermakna menyediakan rancangan pengajaran dari mula 3. LS bermakna menulis satu skrip yang rigid 4. LS ialah menulis satu rancangan pengajaran yang sempurna untuk disebarkan kepada yang lain 5. LS ialah satu rancangan pengajaran demo atau rancangan pengajaran pakar 6. LS ialah penyelidikan asas

6 1. LS ialah merancang pengajaran?
Merancang pengajaran hanya sebahagian kecil daripada LS LS ialah satu proses yang melibatkan penyediaan matlamat jangka panjang, mengkaji respon murid terhadap pengajaran sebenar dan mengubah suai pendekatan pengajaran. Guru membentuk soalan dan merancang aktiviti yang mendorong murid untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang dihasratkan. Respon/Tindakan murid sebenar akan digunakan untuk memperbaiki rancangan pengajaran dan pendekatan pengajaran secara am. LS adalah penyelidikan terhadap pembelajaran murid.

7 2. LS bermakna menyediakan rancangan pengajaran dari mula
Tidak semestinya! Anda boleh mengguna rancangan pengajaran yang sedia ada untuk diubahsuai mengikut keperluan. Gunakan lebih masa untuk meramal respon murid, kaji kerja murid dan tambahbaik rancangan pengajaran. Fokus kepada penambahbaikan dalam pengajaran dan bukan kepada penciptaan baru

8 3. LS bermakna menulis satu skrip yang rigid
Tidak. RPH LS bukanlah satu skrip kerana Setiap masalah/soalan dipilih bertujuan untuk memupuk pemikiran murid Setiap langkah/aktiviti dirancang supaya pengalaman yang diperolehi oleh murid akan membantu mereka belajar dengan lebih baik Pengajaran adalah fleksibel dan perlu berubah mengikut keperluan; bukan rigid.

9 4. LS ialah menulis satu rancangan pengajaran yang sempurna untuk disebarkan kepada yang lain
Tidak tepat. Oleh kerana konteks yang berbeza dan sentiasa berubah, tidak dapat dijamin bahawa rancangan pengajaran yang sempurna: - adalah sesuai untuk semua murid - adalah sesuai untuk semua sekolah - boleh digunakan untuk masa depan . . . LS menyediakan peluang kepada guru untuk terus memurnikan rancangan pengajaran secara berterusan agar berkesan kepada murid dalam keadaan semasa (bukan masa lepas). Oleh kerana murid sentiasa berubah, LS tidak akan tamat.

10 5. LS ialah satu rancangan pengajaran demo atau rancangan pengajaran pakar
Setiap guru dalam kumpulan LS dapat memberi sumbangan yang sama penting LS yang berkesan merangkumi guru yang kurang berpengalaman dan guru yang berpengalaman – bersifat terbuka dan belajar antara satu sama lain.

11 6. LS ialah penyelidikan asas
LS berbeza dengan penyelidikan pendidikan ataupun kajian tindakan 2 perbezaan utama: a) matlamat LS bukan untuk menjana pengetahuan baru. LS adalah untuk menambahbaik pengajaran guru untuk pembelajaran murid b) LS mengkaji usaha ke arah kemajuan secara aktif, bukan satu idea ataupun soalan.

12 Pandangan berbeza perkembangan profesional (oleh Lynn Liptak)
Tradisional Lesson Study Bermula dengan jawapan Penglibatan aktif oleh jurulatih luar Aliran komunikasi: Jurulatih  Guru Hubungan hiraki antara jurulatih dengan guru Amalan pengajaran merujuk kajian penyelidikan Bermula dengan soalan Penglibatan aktif oleh peserta Antara guru Hubungan hiraki antara guru Amalan pengajaran adalah kajian penyelidikan

13 Sekian, terima kasih . . .


Download ppt "Lesson Study: Faedah & Salah Tanggapan (Benefits & Misconceptions)"

Similar presentations


Ads by Google