Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kata Hubung.

Similar presentations


Presentation on theme: "Kata Hubung."— Presentation transcript:

1 Kata Hubung

2 KATA HUBUNG Digunakan untuk menghubungkan Kata dengan kata Frasa frasa
Ayat ayat

3 Jenis-jenis Kata Hubung Gabungan
Pancangan Berpasangan

4 Kata Hubung Gabungan Digunakan untuk menggabungkan
kata, frasa, atau ayat yang setaraf kedudukannya. - Objek dengan objek - Subjek dengan subjek

5 Kata Hubung Gabungan Contoh 1. dan 和 Leela dan Siu Lan berjiran. 2. atau 或 Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. 3. serta 及 Zahid serta abangnya menonton wayang. 4. lalu 接着 Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. 5. kemudian 然后 Botol-botol itu dikumpulkan, kemudian dimasukkan ke dalam karung.

6 Kata Hubung Gabungan Contoh 6. sambil 一边…一边 Zalifah bernyanyi sambil menari. 7. tetapi/namun 但是 Badannya besar tetapi penakut. 8. manakala 则 Dia duduk dengan sedih, manakala anaknya bermain dengan gembira. 9. malahan 何况 Usahkan menegur, malahan bercakap pun tidak diizinkan. 10. kecuali 除了 Semua murid hadir kecuali Gopal.

7 Kata Hubung Pancangan Digunakan untuk menggabungkan ayat kecil pada ayat induk. Ayat kecil – ayat yang memerlukan ayat lain untuk membantunya menjadi ayat yang lengkap. Ayat induk – ayat yang sempurna maksudnya. Contoh: Budak itu anak Pak Mat. (Ayat induk) berpakaian comot. (Ayat kecil)

8 Kata Hubung Pancangan Contoh 1. yang 的 Gadis yang cantik itu kakak saya. 2. bahawa 却说 (that…) Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. 3. agar / supaya 以便 Kita harus belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pandai. 4. kerana 因为 Aini menangis kerana terlalu sedih. 5. sementara / tatkala当…的时候 Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. 6. apabila / ketika / semasa 当 Mukanya pucat apabila disoal.

9 Saya membuat kerja rumah setelah balik dari sekolah.
Kata Hubung Pancangan Contoh 7. setelah 过后 Saya membuat kerja rumah setelah balik dari sekolah. 8. sebelum之前 Saya mencuci tangan sebelum bersarapan. 9. walaupun / 虽然 sungguhpun / meskipun / kendatipun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu. 10. jika / jikalau / 如果 kalau / sekiranya Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. 11. hingga 直到 Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. 12. semenjak / sejak 自从 Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

10 Kata Hubung Berpasangan
Digunakan untuk menghubungkan dua ayat yang lengkap untuk membentuk Kata Hubung Berpasangan.

11 Kata Hubung Berpasangan
Contoh 1. baik…mahupun 无论…或 Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. 2. bukan sahaja…bahkan juga / bukan sahaja…tetapi / bukan sahaja…malah 不只…还 Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. 3. entah…entah 不知…或 Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. 4. kian…kian / makin…makin / semakin…semakin 越…越 Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

12 Kata Hubung Berpasangan
Contoh 5. sedangkan… inikan pula 就连…更何况 Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya, inikan pula Bukit Larut. 6. sama ada…atau 是否 Guru Besar meminta sama ada bapa atau ibu murid hadir ke sekolah. 7. daripada…lebih baik 与其…不如 Daripada membuang masa di sini, lebih baik kami pergi ke perpustakaan. 8. sungguhpun…tetapi / walaupun...namun 虽然…但是 Sungguhpun badannya gemuk, tetapi dia kuat berlari. 9. jangankan…pun 不用说…也 Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada.


Download ppt "Kata Hubung."

Similar presentations


Ads by Google